Monday 28 September 2015

BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE




BAHAN-BAHANNYA
  1. 125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn juga) (fara pakai Anchor)
  2. 125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
  3. 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum) (tepung ni aku lebihkan tapi aku main campak jer, yg penting adunan xlembik sgt xmelekat2 kat tgn)
  4. 40 gram gula aising, diayak (aku kurangkan 10gram)
  5. Secubit garam (resepi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

No comments:

Post a Comment